Ciri-Ciri Kolagen Yang Selamat Dan Berkesan
Apakah Kolagen? Kolagen ataupun collagen merupakan satu protein – satu molekul biologi yang besar – ia mengambil kira-kira 25% hingga 35% kandungan keseluruhan protein dalam badan kita. Kebiasaannya terdapat di dalam tisu penghubung (connective tissue), seperti tendon, otot dan kulit. Perkataan kolagen berasal daripada perkataan Greek yang membawa maksud “penghasilan gam” (glue producing). Hal ini kerana, pada zaman tersebut kulit haiwan dibakar dan dijadikan sebagai gam. Kolagen adalah bahan yang menjadikan kulit kita elastik, kuat dan suci bersih! Badan kita, secara semulajadi menghasilkan kolagen, namun berkurangan mengikut peningkatan umur. Selain itu, faktor haya hidup juga boleh mengurangkan penghasilannya, seperti amalan merokok, kerap terdedah kepada cahaya matahari dan pemakanan yang tidak seimbang. Secara umumnya, kolagen boleh mengekalkan awet muda dan pada masa yang sama boleh mengembalikan kejelitaan anda. 4 Peranan Kolagen Kolagen secara umumnya adalah un...