Posts

Showing posts with the label STROK

Strok : Punca Kematian Ketiga Terbesar

Image
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. Apakah strok? Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebe...