Posts

Showing posts with the label VIVIX

Strok : Punca Kematian Ketiga Terbesar

Image
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. Apakah strok? Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebe...

Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit

Image
Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka. 1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus. 2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengeta...

Punca Sakit Belakang

Image
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna. Faktor Penyumbang Terjadinya Sakit Belakang Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan ba...

Back Pain / Sakit Belakang Cara Mengatasinya

Image
SAKIT belakang berlaku apabila anda cuba mendapatkan badan untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya. Sakit ini tidak selalunya menunjukkan masalah yang lebih serius, malah kira-­kira 80 hingga 90 peratus sembuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Namun menurut pakar perubatan, ada juga sesetengah keadaan sakit belakang menjadi lebih serius. Misalnya jika berasa sakit belakang disertai dengan menyucuk ke bawah kaki, kehilangan kawalan pundi kencing atau demam. “Namun, bukan semua sakit belakang berkaitan slip disc. Kebanyakan pesakit yang mempunyai sakit belakang, menganggap mereka mempunyai masalah slip disc. Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang misalnya duduk terlalu lama. Contohnya jika seseorang duduk terlalu lama, postur tersebut akan menekan otot dan tulang seterusnya sendi akan menjadi kaku atau keras. “Kemudian, otot akan menjadi lemah. Dalam masa sama, anda melakukan kerja di luar kebiasaan seperti mengangkat barang. Ini akan meny...

Bagaimana Vivix Berkesan Kepada Pemulihan Kerosakan DNA dan Sistem Pertahanan Badan

Image
Apakah DNA Dan Kaitan Dengan Sistem Pertahanan Badan? DNA ini berkaitan dengan Genetik. Katakan ibu mempunya mata berwarna coklat cair dan ayah mata berwarna biru. Ayah mat saleh.. Kemudian anak lahir dengan mata berwarna biru. Genetik bermata biru turun dari ayah kepada anak. Sama juga dengan penyakit, katakan ibu dan ayah kena penyakit kencing manis. Dan kita juga mempunyai risiko penyakit kencing manis. Ini kerana secara genetiknya, susur galur keluarga kita memang ada penyakit kencing manis. Cuma kita belum dapat penyakit kencing manis kerana sistem badan kita masih kuat melawan gula yang diambil. Mari kita tengok contoh yang lebih teruk tentang penyakit bawaan genetik ini. Seorang wanita yang mengandung dan suaminya merupakan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan. Risiko penyakit adalah AIDS. Sebelum ini susur galur keluarga si isteri atau suami memang tidak pernah mempunyai sejarah sakit aids. Tetapi penyakit ini masuk dengan cara berjangkit dari jarum suntikan, dari hu...

Mati Pucuk Pulih Dengan VIVIX

Image
Secara umumnya, lemah tenaga batin atau lebih dikenali sebagai mati pucuk adalah keadaan yang merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Dalam istilah perubatan dikenali sebagai ‘impotensi’. Mati pucuk ialah kecacatan yang serius yang di mana ia boleh meruntuhkan sesebuah institusi perkahwinan kerana pasangan tidak mendapat zuriat. Menurut kajian dan sumber yang boleh dipercayai, pada masa ini lebih kurang tiga juta rakyat Malaysia mengalami masalah mati pucuk (erectile dysfunction - ED). Simptom mati pucuk misalnya seseorang lelaki tidak berupaya untuk mencapai dan mengekalkan ketegangan, ketegangan tidak memadai untuk penetrasi dalam hubungan seks atau ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks. Bagaimana zakar menegang Lelaki yang normal selalunya apabila terangsang, isyarat akan dihasilkan daripada otak dan dihantar ke jantung untuk...