Kebaikkan OMEGA GUARD Untuk Semua

Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia. Banyak Kebaikan dan keistimewaan Omega Guard Shaklee ini. Ia boleh diamalkan seisi keluarga. Misi kami di Shaklee adalah 1 rumah 1 Omega Guard.

Tak kenal maka tak cinta! Bila dah berkenalan jatuh hati jatuh cinta. Bukan saya sahaja, tapi suami dan anak-anak saya memang sudah tangkap cintan dengan Omega Guard Shaklee ini. Sampaikan saya terpaksa sorokkan botol omega guard daripada pandangan anak-anak! 

Di bawah ini saya nyatakan Manfaat Omega Guard Shaklee iaitu Khasiat Minyak Ikan Untuk Kesihatan. Iaitu;
  • Menyokong Kesihatan Jantung
  • Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat
  • Menyokong Fleksibilit Sendi
  • Nutrisi penting untuk ibu hamil dan ibu menyusu
  • Menyokong Kesihatan Kulit
  • Meningkatkan kesihatan imun
  • Meningkatkan Kesihatan Sperma
1. Menyokong Kesihatan Jantung

Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak.

Dan keradangan ni boleh juga berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik.

Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok.

Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid) dalam Omega 3 membantu dalam mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung.

Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi Omega 3 berperanan untuk membantu.

Omega 3 membantu meningkatkan ‘kolestrol baik’ (HDL) dan mengurangkan paras ‘kolestrol jahat’ (LDL) dan triglisride.


2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat

Tahukah anda? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak.
Untuk otak, DHA dan EPA ni bantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk mengoptimumkan keupayaan otak.
Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan.
Omega 3 Meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus.
Omega 3 juga beri kesan kepada mood, iaitu bantu mengurangkan stress iaitu (mood yang baik).
Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimer (lupa).

Untuk ibu hamil pula, Omega 3 membantu dalam perkembangan otak dan mata bayi dalam kandungan.

3. Menyokong Fleksibiliti Sendi

Bila sebut bab kesihatan sendi ni, teringat mak di kampung.

Bila pergi surau masjid kesian tengok pak cik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang sangat berharga.

Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan.

Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya , orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3.

Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi .

Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan.

Di samping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi.

4. Nutrisi Penting untuk Ibu Hamil Menyusu 
Omega 3 ni sebenarnya sangat diperlukan sepanjang kehamilan.

Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kajian terbaru menunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan- bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko preclamsia (tekanan darah tinggi ketika hamil)
  • Omega-3 membantu mengurangkan risiko bayi mendapat alergi/ ekzema selepas kelahiran.
  • Omega-3 membantu menguatkan imunisasi bayi.
Untuk ibu menyusu/ berpantang selepas bersalin, pengambilan omega-3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai anda tak konsisten ambil Omega ketika hamil, boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus , ibu dapat slim down selepas beranak.

Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selepas melahirkan anak.

5. Menyokong Kesihatan Kulit

Omega-3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

6. Meningkatkan Fungsi Imun

Omega-3 mebantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan.

7. Meningkatkan Kesihatan Sperma
Ia Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk struktur membran sel termasuk sel sperma.


Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara meyeluruh.

Cara Makan Omega Guard Shaklee
Ikut aturan yang biasa, disyorkan mengambil 3 biji kapsul selepas makan. Tak kisah pagi ke malam. Tapi jika anda ada masalah serius boleh terus consult dengan saya.

Harga Omega Guard Shaklee 2017 yang terbaru ialah RM 144.43 (termasuk GST). 





**********************************************************
Jika anda mempunyai pertanyaa mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457
***********************************************************

Comments

Popular posts from this blog

8 Kesan Yang Biasa Dialami Wanita Setelah Makan Pil Perancang

Rahsia Besarkan Anjalkan Payudara

10 Fun Fact B Complex SHAKLEE