Posts

Showing posts from January, 2018

Jaga Waktu Makan Untuk Kesihatan

Image
KITA adalah apa yang kita makan. Anda pasti pernah terdengar ayat ini bukan? Apa yang dimaksudkan di sebalik ayat ini adalah sekiranya kita menjaga pemakanan kita, maka hasilnya adalah tubuh badan yang sihat dan cergas. Begitu jugalah sebaliknya, jika tidak mengamalkan gaya pemakanan yang seimbang, pasti kita akan mengalami pelbagai masalah kesihatan. Tambah lagi,dengan gaya hidup yang terlalu sibuk akan membuatkan seseorang itu tidak mempunyai masa untuk menentukan pilihan makanan yang seimbang. Lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai restoran makanan segera, semuanya dapat diperoleh dengan mudah selain menjimatkan masa mereka yang sentiasa dalam kesibukan. Oleh itu, jika anda merupakan golongan yang sering menghadapi hari-hari dalam kesibukan, sudah pasti anda tidak mempedulikan tentang makanan sihat. Apa yang penting, perut tidak berasa lapar untuk meneruskan kerja. Jadi, apakah yang boleh dilakukan jika anda mengalami situasi ini?  Mulakan hari dengan bersarapan Waktu makan ya...

Tips Menguatkan Daya Ingatan

Image
Umumnya daya ingatan atau kemahiran kognitif seseorang itu akan berkurangan secara beransur-ansur selepas umur 27 tahun. Namun begitu, beberapa usaha boleh dilakukan untuk melambatkan penurunan kognitif ini dan seterusnya dapat meningkatkan semula daya ingatan, di samping dapat menghindari penyakit Alzheimer dan nyanyuk yang lain. Pakar-pakar kognitif menggariskan beberapa kaedah bagi meningkatkan daya ingatan, iaitu dengan: 1. Senaman dan aktiviti fizikal (seperti berjalan, jogging, naik tangga bukan naik lift) secara rutin Ini dapat menyihatkan jantung, kurang risiko obes dan diabetes kerana senaman ini dapat memperbaiki aliran darah ke otak dan menyebabkan kurangnya pengecutan otak. 2. Tukar rutin harian Membuat rutin harian atau melihat perkara yang sama setiap hari menjadikan otak kita kurang berfungsi secara maksimum kerana tidak perlu berfikir. Ini menjadikan otak kurang aktif dan akan mempercepatkan lagi kemerosotan daya ingatan. Contohnya, tukar cat dinding atau wall pap...

Vitamin Dan Mineral Penting Untuk Kesihatan

Image
“Hidup bukan sekadar untuk hidup tetapi hidup mesti sihat” -- Martial Vitamin dan mineral adalah khasiat pemakanan utama yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Zat makanan atau nutrien ini memainkan peranan penting dalam pelbagai proses tubuh dan membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan, menguatkan sistem imun dan mencegah penyakit kronik. Apakah vitaman dan mineral? Vitamin biasanya dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan kepada keterlarutannya: larut lemak dan larut air. Vitamin larut lemak – A, D, E, dan K – memerlukan lemak diet betul-betul diserap dan diangkut di dalam tubuh. Vitamin larut lemak disimpan dalam bahagian sel lemak dan tisu badan. Vitamin larut air – C dan vitamin B kompleks (seperti vitamin B6, B12, niasin, riboflavin, dan folat) diserap di dalam usus perut dan tidak disimpan dengan jumlah yang besar di dalam tubuh. Vitaman C atau B yang tidak digunakan oleh badan dibuang (kebanyakannya menerusi air kencing). Jadi, kita memerlukan ...

Diabetes Ketika Hamil: Punca & Kesannya

Image
Diabetes yang bermula apabila anda disahkan mengandung dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Pada kebiasaannya, keadaan Gestational Diabetes terjadi pada pertengahan ataupun pada lewat usia kandungan. Keadaan Gestational Diabetes ini kerap berlaku. Kadar kebiasaannya, dalam 100 orang wanita mengandung, 18 orang akan menghidapi penyakit ini. Dalam erti kata lain, 18 % wanita mengandung akan ‘dihantui’ dengan masalah ini. Amat biasa bukan? Apakah risiko-risiko bagi saya untuk menghidapi Diabetes ketika hamil? Anda berisiko tinggi menghidapi Diabetes ketika mengandung, jika anda mempunyai salah satu daripada faktor-faktor yang tertera di bawah: Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi ...

8 Kesan Yang Biasa Dialami Wanita Setelah Makan Pil Perancang

Image
Menjarakkan kehamilan dengan pil perancang adalah salah satu pilihan yang membolehkan wanita mencapai kesihatan optimum sebelum mengandung lagi. Walaupun secara umumnya pil perancang adalah selamat untuk diamalkan, namun terdapat beberapa kesan sampingan yang akan dirasai oleh wanita pada awal pengambilannya. 1. SPOTTING / PENDARAHAN Menurut sumber, 50% daripada pengguna pil perancang akan mengalami pendarahan vagina pada luar waktu jangkaan haid. Antara faktor penyebabnya adalah disebabkan reaksi tubuh yang cuba menyesuaikan diri dengan kadar hormon yang berbeza. Ketika berlakunya pendarahan, pil perancang masih efektif asalkan ia diambil dengan cara yang betul dan tiada dos yang ditinggalkan. Sungguhpun pendarahan boleh berlaku secara on-off dalam masa 3 bulan setelah bermulanya pengambilan pil perancang, wanita yang mengalami pendarahan ringan selama 5 hari atau pendarahan teruk selama 3 hari disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor tentang keserasian pil yang diambil. Na...

Cara Rasullulah S.A.W Menjaga Kesihatan Diri

Image
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim) TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan s...

13 Perkara Yang Menjejaskan Kesihatan Anak

Image
Menjaga anak kecil bukanlah mudah. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian serius dalam menjaga anak kecil. Jika terdapat kesilapan kecil sekalipun, ia pasti memberi kesan yang besar terhadap si kecil kita yang cukup sensitif. Disini saya tampilkan beberapa perkara yang nampak remeh tetapi memberi kesan besar terhadap kesihatan anak: 1. Minum minuman bersoda Minuman bersoda atau berkarbonat memang terasa nikmat dan menyegarkan. Kanak-kanak biasanya menyukai minuman jenis ini. Minuman jenis ini berbahaya untuk kanak-kanak. Minuman bersoda mengandungi kafein. Apabila kanak-kanak mengambilnya dalam jumlah yang banyak, kesan yang mereka akan terima adalah seperti susah tidur, hiperaktif, dan mengganggu proses pembelajaran. Zat lain yang ada di dalam minuman bersoda adalah natrium. Natrium dipercayai dapat meningkatkan tekanan darah. Mungkin sewaktu kecil, seorang anak yang banyak menggunakan natrium tidak nampak kesan sampingannya. Kesan sampingan itu kelihatan apabil...

Strok : Punca Kematian Ketiga Terbesar

Image
Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. Apakah strok? Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebe...

Cara Orang Korea dan Jepun Menjaga Kulit

Image
Orang Korea terkenal dengan pembedahan plastik manakala orang Jepun terkenal dengan ciptaan teknologi terkini di dalam bidang kecantikan. Pada anda mungkin itu antara faktor utama mengapa mereka memiliki kulit yang cantik. Nampaknya anda silap. Mereka sememangnya ada rutin dan cara mereka yang tersendiri. Jom kita bongkar rahsia kecantikan kulit mereka. 1. Orang Jepun dan Korea minum teh hijau sekurang-kurangnya satu sehingga dua kali sehari. Ia membuatkan kulit mereka bebas jerawat kerana teh hijau merupakan antioksidan yang bagus. 2.Untuk pencuci muka, mereka memilih minyak pencuci (Cleansing Oil ) kerana ia dipercayai mampu mencuci solekan pada wajah dengan sempurna sambil mengekalkan tahap sebum semula jadi wajah. Pelakon Korea, Suzy Bae mengamalkan teknik 424, di mana dia akan mencuci wajah dengan minyak selama empat minit, diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit dan membilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan diakhiri dengan air sejuk untuk mengeta...

Tips Menjaga Kesihatan Jantung

Image
JANTUNG merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa. Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung. Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada, untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh. Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung. Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia. Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya? Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak. Ter...

Punca Sakit Belakang

Image
Sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna. Faktor Penyumbang Terjadinya Sakit Belakang Antara faktor penyumbang kepada masalah sakit belakang ialah postur (kedudukan) badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. Malah, terlalu banyak rehat juga boleh menyebabkan kita mengalami sakit belakang kerana badan manusia dicipta untuk kita bergerak aktif; bukan berehat santai sepanjang masa. Bahkan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang. Tulang belakang adalah struktur yang boleh dilentur sehingga tahap tertentu. Inilah sebabnya kita boleh membongkok atau membengkokkan ba...