HOME

SELAMAT

MEMPERCAYAI KUALITI DAN KESELAMATAN PRODUK SHAKLEE

Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.

TERBUKTI

Para saintis kami sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.

LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KERTAS SAINTIFIK DITERBITKAN

Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.

Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee bagi membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari peluang dari sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.

Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 ahli sains yang berpusat di perbandaran Pleasanton.

"Inovasi dan sains adalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat." -ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation.

BERKESAN

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee

Satu Kajian Penanda Aras

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee adalah kajian perintis mengenai pengguna suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik, berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tiada multivitamin sama sekali.

Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee [Shaklee Dietary Supplement Study] adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. - http://www.nutritionj.com/content/6/1/30

Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini
Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi makanan dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.

Comments

Popular posts from this blog

Mati Pucuk Pulih Dengan VIVIX

Rahsia Besarkan Anjalkan Payudara

10 Fun Fact B Complex SHAKLEE