14 Cara Untuk Kurangkan Angin
Wanita Hamil Banyak Angin

Masalah banyak angin bukan sahaja menyerang ibu mengandung tetapi semua orang. Untuk pengetahuan, setiap orang mengeluarkan antara satu hingga empat liter gas setiap hari dan mengeluarkan gas kira-kira 14 hingga 23 kali sehari.
Tetapi apabila mengandung, bakal ibu akan lebih kerap keluar angin daripada orang biasa sehinggakan ada yang lebih teruk mengalami sakit kepala dan mual yang teruk.
Mengapa badan akan menghasilkan lebih banyak angin semasa mengandung?
Ini kerana kadar progesteron dalam badan ibu meningkat jauh lebih tinggi ketika hamil berbading normal.
Semakin kehamilan itu meningkat usianya, rahim akan semakin membesar dalam rongga perut ibu sehingga semakin memperlambatkan pencernaan dan menekan perut, menjadikan anda semakin kembung setelah makan.

Sebenarnya daripada mana angin ini datang?
Angin/gas terperangkap dalam saluran pencernaan dengan dua cara iaitu
a. Ketika menelan udara. Kebanyakan gas perut berlaku akibat menelan udara dan biasanya dilepaskan dengan bersendawa, walaupun sejumlah kecil dari gas tersebut boleh terus turun ke usus besar dan mengakibatkan perut kembung.
b. Ketika bakteria dalam usus besar anda sedang memecah makanan yang tidak dicerna. Sebahagian besar gas yang menyebabkan perut kembung dihasilkan ketika bakteria di usus besar memecah makanan yang tidak dicerna dengan sempurna oleh enzim dalam usus kecil. Karbohidrat tertentu adalah penyebab utama.
Setiap orang akan mengalami reaksi yang berbeza-beza terhadap setiap makanan yang dimakan. Mungkin ada orang mendapat banyak gas daripada makanan yang mungkin langsung tidak memberikan sebarang masalah kepada orang lain.
Keseimbangan bakteria yang terdapat dalam usus besar dapat mempengaruhi seberapa banyak gas yang dihasilkan oleh badan.
Cara yang paling efektif untuk mengurangkan gas adalah dengan mengurangkan makanan yang menyebabkan hal tersebut.
Keadaan ini menyebabkan makanan yang diambil bergerak melalui sistem pencernaan lebih lambat, akibatnya ibu kerap membuang angin. Untuk mengurangkan frekuensinya, kurangikan pengambilan berikut:
*Pelbagai makanan yang tinggi kandungan lemak seperti stik, ayam goreng tepung dengan kulit, dan murtabak daging.
*Sayuran seperti sawi.
*Minuman bergas.
*Ambil susu dan produk tenusu seperti keju, secara bertahap iaitu sedikit demi sedikit. Jangan ambil sekaligus dalam kuantiti yang banyak.
Ini cara mengurangkan angin:
1. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak sekaligus, makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang kecil.
2. Kunyah makanan dengan tenang dan jangan bercakap ketika sedang makan.
3. Kurangkan kekerapan minum ketika sedang makan kerana anda boleh minum lebih banyak di lain waktu selain daripada waktu makan.
4. Minumlah menggunakan cawan atau gelas, bukan daripada botol atau menggunakan straw.
5. Elak minuman bergas.
6. Elakkan makanan yang diperbuat daripada bahan pemanis buatan.
7. Duduklah semasa makan atau minum, walaupun sekadar makan snek.
8. Pakai pakaian yang longgar, selesa dan elakkan daripada pakaian ketat terutama bahagian pinggang dan perut.
9. Jangan mengunyah gula-gula getah.
10. Kerap bergerak terutama berjalan laju supaya dapat memperbaiki saluran pencernaan ibu yang lambat.
11. Elakkan masalah sembelit kerana ia dapat menambah perut kembung dan gas.
12. Jangan merokok. Selain boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan yang serius, merokok meningkatkan asid bahagian rusuk.
13. Lakukan senaman khas untuk ibu hamil untuk mempelajari teknik bertenang dan pernafasan yang baik.
14. Sekiranya cadangan tersebut tidak membantu anda, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan yang lebih baik.
***********************************************************
Jika anda mempunyai pertanyaa mengenai produk ini; hubungi:
* Puan Aliya [Id : 913252]
* SMS/WhatsApp : 019 6629457

Comments
Post a Comment