Posts

Showing posts from November, 2017

Manfaat ESP SHAKLEE

Image
Apa itu ESP? Shaklee Esp adalah makanan nutrisi. Ia adalah protein soya yang berkuliti tinggi yang diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.  ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.  Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan sapukan pada muka.  Siapa perlu ambil ESP Shaklee?  Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik  Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihatPenghidap kencing manis  Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untu...

Kadar Metabolisma Anda Rendah?

Image
Apa itu metabolisme?  metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda. metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih ba...

BERSHAKLEE Tanpa Ragu

Image
Pernah dengar mengenai MLM bukan? Suatu ketika dahulu saya adalah antara berjuta rakyat Malaysia yang anti-MLM. Dengar sahaja MLM terus tutup teliga, tutup mata, tutup minda. Tetapi semua berubah selepas menjadi ahli Shaklee secara tidak sengaja. Shaklee merupakan peneraju kepada jualan langsung iaitu Multi-Level Marketing (MLM). Sejak akhir-akhir ini, konsep MLM semakin mendapat perhatian oleh peniaga di Malaysia. Banyak kes MLM yang bersifat ‘menjerat’ berlaku di sana sini, ada yang berjaya diberkas, ada yang tiba-tiba senyap. Kenapa perkara sebegini berlaku? Tentulah kerana pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup memanipulasi konsep MLM demi keuntungan sendiri. Memang menakutkan! Oleh itu, penting untuk kita mengenalpasti MLM yang bagaimana boleh membantu kita berjaya dan bukannya mengheret kita ke lembah kepapaan. Jika anda berminat untuk menceburi bisnes MLM atau tiba-tiba ‘ditangkap’ oleh peniaga MLM, silalah buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Anta...

10 TIP BERJAYA DENGAN SHAKLEE

Image
Assalamualaikum hari ni saya nak share dengan semua bagaimana boleh berjaya dengan Shaklee. Kiranya entry kali ni nak share experience sendiri macam mana nak mulakan bisnes dengan Shaklee dan berjaya. (Boleh di katakan berjaya jugak lah kot hehehe). Pejam celik dah hampir 5 tahun kami suami isteri bergelumang dengan Shaklee :P. Lama jugakkan! Kebiasaannya apabila incik suami join mana-mana bisnes MLM; dua tiga bulan lepas tu senyap tanpa berita. Sedih! Ok tak nak membebel panjang-panjang. Kita terus ke tip No 1. 1. Study marketing plan . Yup. Ini perkara pertama yang kami suami isteri dok bebelkan selepas menjadi ahli Shaklee. Kami belajar bagaimana cara mengira bonus Shaklee; daripada A to Z, berapa bonus jika dilakukan berseorangan dan perbezaan jika bekerja secara berkumpulan. Ini sangat penting kerana kita perlu tahu berapa sepatutnya syarikat bayar kepada kita atas segala usaha kita. Salah satu self motivation jugak ni. Sebab bila tau berapa jumlah bonus, kita jadi ...

Ostematrix Kalsium Kegemaran Ramai

Image
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh. Hasil penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50% jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang. Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’. Pakar Runding Ortopedik dan Pakar Bedah Trauma, Dr. Chin Chee Howe berkata osteoporosis adalah sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Kebanyakan wanita hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau patah tulang. Kesihatan tulang manusia ...

Hebatnya VIT C SHAKLEE

Image
Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.  Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi. Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-la...

SHAKLEE Mengecutkan Cyst Dan Fibroid

Image
Enrty kali ini saya nak kongsikan tentang teman- teman yang pernah diserang Cyst & Fibroid. Apa yang saya belajar tentang cyst ni ialah ianya adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid. Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Sejak akhir2 ni kerap kali saya mendengar penyakit ini dihidapi oleh rakan2 dan saudara mara. Walaupun selepas/telah menjalani rawatan/operation membuang ketumbuhan, ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi. APAKAH CYST? Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat...

Bagaimana VIVIX Membantu Merawat Penyakit Kronik

Image
Hampir 5 tahun menjadi pengedar produk Shaklee, saya dapati ramai yang telah mengenali produk ini; VIVIX. Namun rata-rata masih tidak tahu apakah manfaat produk ajaib ini. Vivix atau lebih dikenali dengan nama sirap shaklee bukanlah ubat. Ianya makanan tambahan yang mampu membantu kaedah rawatan dengan lebih berkesan. Vivix Shaklee adalah produk premium hebat yang mengandungi campuran bahan resveratrol dan 15 jenis polifenol daripada anggur muscadine dan 3 lagi ramuan yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan. Vivix Shaklee telah dibangunkan dan dikaji berulang kali untuk mendapatkan manfaat kesihatan yang optimum. 1. Vivix Shaklee bertindak sebagai antioksidan yang terbaik. Vivix Shaklee mengandungi profil polifenol unik yang mempunyai kuasa antioksidan terbesar. Ia mengandungi gabungan polifenol iaitu ellagitannin dan asid ellagic yang dapat membantu melawan radikal bebas dalam tubuh kita. Menurut Brunswick Biomedical Laboratories of Wareham, Massachusetts pada tahun ...

Kenali Pengedar Sah Shaklee Shah Alam

Image
Hi As Salam semua. Nama kakak Noor Aliya Binti Hedil. Kini menetap di Shah Alam bersama suami dan 3 orang cahaya mata. Untuk lebih mesra, boleh panggil Aliya dengan panggilan kakak sahaja.  Pengalaman kakak bersama Shaklee bermula dari tahun 2013 sehingalah kini dan In shaa Allah selamanya.  Kakak menyertai Shaklee dengan niat untuk menambah pendapatan keluarga. Memandangkan anak-anak adalah tumpuan utama, maka kakak mencari kerjaya/perniagaan yang boleh dilakukan dirumah dengan modal permulaan yang rendah. Alhamdulillah dengan bermodalkan RM80 kakak berjaya menggandakan pendapatan keluarga sehingga mencapai 5 angka sebulan.  Selain daripada insentif kereta dan percutian 5 bintang daripada Shaklee kakak juga merasakan tahap kesihatan seisi keluarga bertambah baik dengan pengambilan produk-produk Shaklee.  Jika anda masih mencari-cari produk kesihatan yang selamat, terbukti dan berkesan, jangan ragu-ragu untuk memilih Shaklee. Dan jika anda mas...